Tuesday, February 15, 2011

part 185

Ya Rasulullah 

Bulan Rabiulawal bermksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi semua tanaman. Kebiasaannya di tanah Arab , sewaktu Bulan Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam , Rasulullah telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Maulidur Rasul dalam bahasa Arab bermaksud (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w , hari ini jatuh pada hari-12 bulan Rabiulawal sempena kelahiran Nabi yg jatuh pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 M. Baginda adalah Nabi terakhir yg diutus oleh ALLAH s.w.t , kawan kawan nak tahu ? Tapak kelahiran Nabi kini mempunyai satu bangunan kecil yg dipanggil MAULID NABI. 

Setiap tahun pada hari itu Umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi muhammad s.a.w seperti perarakan , ceramah dan sebagainya. Kawan kawan mesti pernah berarak kan ? Masa sekolah rendah dulu. Pakai baju kurung baju melayu lawa lawa , datang sekolah pegang sepanduk sambil bermarhaban dan berselawat kita jalan keliling taman taman , sekitar sekolah kan kan ? Banyak kelebihan yg Allah beri kan kepada mereka yg menyambut dan mengadakan majlis Maulidur Rasul. 

Wahai kawan kawan kita dapat melihat betapa besarnya kelebihan orang yg mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi kita. Ada satu hal yg rata rata ramai tidak tahu. Jika kita berniat SAHAJA hendak mengadakan MAULUD NABI , kita sudah pun mendapat pahala dan dimuliakan oleh Allah. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yg baik merupakan doa dikira sebagai amal salih yg diredhai Allah :D

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah s.w.t terhadap kebaikan cpat sehingga terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan dan amal jariah , sudah pun Allah s.w.t memberi pembalasan yg tidak ternilai tingginya utk manusia seperti kita kawan kawan. Allah itu sayangkan umatnya ;)

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud bukan sahaja didapati oleh org yg mengadakan majlis itu , Tetapi seluruh ahli rumah atau org yg tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya ;)


Mari lah kita sama sama menghayati 
Maulidur Rasul


ikhlas 
nynaaroslan